The Showcase Madrid

Acara utama The Showcase akan berlangsung dari 24 hingga 30 Julai 2023 di Madrid, ibu negara Sepanyol, dan akan dikendalikan di pusat kemudahan Royal Spanish Football Federation (RFEF).

THE SHOWCASE MADRID adalah acara pencarian pemain bola sepak berusia 15 sehingga 23 tahun yang terbesar di dunia.

THE SHOWCASE MADRID akan mempunyai pasukan yang terdiri daripada kakitangan dari beberapa negara yang akan memberikan sokongan diperlukan dan menjamin peluang kepada pemain untuk mengambil bahagian dalam acara bertaraf antarabangsa dan unik ini.

Kuala Lumpur Acara Persiapan

June 2-5, 2023

Sepanjang acara, pemain akan berada di bawah pemantauan jurulatih serta penjaga-penjaga dari tujuh kelab yang mengambil bahagian, yang akan menilai mereka di atas dan di luar padang. Pemain-pemain yang terpilih tidak hanya akan menghadiri percubaan rasmi di kemudahan kelab bola sepak Sepanyol, tetapi mereka juga akan mempunyai peluang untuk menandatangani kontrak profesional dengan kelab tersebut.

THE SHOWCASE MADRID sangat berbesar hati untuk mengadakan Acara Persediaan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sasaran kami adalah untuk menilai dan mengenal pasti pemain-pemain elit, yang kemudian akan dijemput ke Acara Utama kami di Madrid – semua kos ditanggung – untuk menonjolkan kemampuan mereka di depan tujuh kelab bola sepak profesional Sepanyol. Ini adalah peluang sekali seumur hidup, dan sebagai usaha untuk menarik pemain-pemain berpotensi dan memastikan acara berkualiti tinggi, ruang disediakan sangat terhad.

Barisan ‘scout’ bagi Acara Persediaan Showcase Kuala Lumpur termasuk jurulatih profesional bertauliah UEFA PRO Sepanyol, yang terlatih membuat penilaian pemain bola sepak elit. Pasukan The Showcase Kuala Lumpur akan melakukan penilaian selama tiga hari untuk mengamati dan menilai pemain-pemain dari segi semua aspek prestasi sukan: fizikal, taktikal, teknikal, dan psikologi.

ACARA UTAMA, di mana pemain terpilih akan dijemput, akan berlangsung di Madrid, Sepanyol, dari 24 hingga 30 Julai 2023. Tiket penerbangan juga disertakan!

Yuran Penyertaan

RM 399 (Harga asal: RM499)
  • Harga istimewa untuk peserta terawal

Untuk maklumat lanjut